Wednesday, May 21, 2008

Perabot Antik Ukiran Cengal


Perabot antik ukiran Cengal adalah salah satu koleksi perabot antik yang memenuhi segala citarasa pengguna sejak zaman-berzaman.Ia merupakan diantara perabot yang terbaik di dunia yang dihasilkan di kepulauan melayu sejak zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Ia sering menghiasi segenap penjuru istana dan rumah-rumah bangsawan pada zaman lampau dan menjadi lambang kemegahan dan kehalusan seni ukir dari dahulu sehingga kini.

Keunikan dan kelebihan perabot antik ukiran Cengal ialah, ia diperbuat daripada kayu Cengal iaitu salah satu jenis kayu yang paling keras dan paling berkualiti di dunia yang hanya terdapat di hutan hujan khatulistiwa. Kayu Cengal adalah kayu bermutu tinggi dan mampu bertahan sehingga ratusan tahun, Ia menjadi bahan utama dalam pembinaan istana-istana kayu sejak zaman awal tamadun di kepulauan Melayu. Selain itu juga, kayu Cengal digunakan sebagai bahan asas untuk membuat kapal laut, Ia mampu bertahan di dalam air masin sehingga ratusan tahun. Selain itu,perabot antik ukir Cengal jaga di hiasi ukiran-ukiran halus yang berkonsepkan alam sejagat seperti flora dan fauna yang mempunyai nilai seni yang luar biasa.

Pada masa kini, ia kurang di kenali oleh masyarakat umum dan hanya menjadi bahan pameran di muzium-muzium di seluruh malaysia yang masih lagi gah ditonton walaupun telah menjangkau usia beratus tahun.Ia amat sukar untuk didapati di pasaran pada masa kini walaupun masih lagi menjadi kegilaan ramai dan mendapat permintaan yang tinggi di kalangan peminat "Perabot Antik Ukiran Cengal".Ini kerana masalah harga kayu yang semakin sukar didapati dan kurangnya pengukir-pengukir mahir pada masa kini.

Warisan Cengal yang berpusat di Pantai Timur adalah satu-satunya pengeluar perabot Cengal di negara ini yang mewarisi kepakaran dan kesenian membuat perabot sejak turun temurun yang berjuang mempertahankan warisan seni tanah air. Kami menjual dan membekalkan perabot Cengal seperti ALMARI UKIR DARIPADA KAYU CENGAL, KATIL, SET MEJA MAKAN,SET KERUSI, ALAT-ALAT PERHIASAN DARIPADA KAYU CENGAL,MIMBAR KHUTBAH DAN SEBAGAINYA secara runcit dan borong,

Sesiapa yang berminat dan mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi kami di no (013-6299206 )Encik Ghazali atau email (ms_albesuti@yahoo.com)

No comments: